Pages

Saturday 8 September 2012


Bukan Susah Nak Jadi Susah & Bukan Senang Nak Jadi Senang

Assalamualaikum ,

Memamg tak dinafikan hidup ni orang kata ibarat roda kan ? Kadang2 kita diatas & kadang2 kita akan berada di bawah. Kalau kita tanya setiap orang siapa yang taknak sentiasa berada di atas kan ? Tipuuu lah kalau kita nak berada di bawah. Tapi Allah tu Maha Adil. Dia takkan buat kita selamanya berada di atas. Sebab tu Dia datangkan kita ujian & dugaan yang insyaAllah mampu untuk kita tempuhi walau sesukar mana sekalipun :)

 Dalam sesetengah situasi kita tak boleh nak judge orang sesuka hati kita. Mungkin pada kita ianya hanyalah satu gurauan tapi bagi orang tu mungkin akan terasa kan ? Siapa tahu ? Amat bertuah kalau kita ada orang2 sekeliling yang mampu buat kita tersenyum saban hari. Kalau ada yang bergembira pasti ada yang sedang berduka kan ? Fikir2 kan lah :)

Bukan susah nak jadi susah & bukan senang nak jadi senang. Aku sangat2 setuju dengan statement ni. Erti kesusahan & kegagalan begitu bermakna buat orang yang pernah melaluinya. Kesusahan tu mengajar kita erti sebuah kejayaan. Tapi nak dapatkan kejayaan itu bukan seperti memetik bunga di taman. Kita perlu sentiasa beristiqamah. Kejayaan hanya buat mereka yang benar2 berusaha. Kita tahu kan nak berjaya kena ada usaha. Usaha tu datang dari diri kita sendiri. Kita tahu tapi kenapa still kita tak dapat apa yang kita nak ? Yang pasti jawapannya ada pada diri kita sendiri :')

Dulu Mak'Abah selalu cakap, kesenangan tak mampu nak beli kebahagiaan. Dalam erti kata lain kita boleh beli rumah besar, kereta besar, barang2 branded tapi deep inside kosong. Takde apa2. Kebahagiaan tak boleh kita beli kan ? Bersyukurlah kalau masih ada yang sayangkan kita, menyokong kita sepanjang masa. Rasa bertuahnya hidup kan ? Tapi biasalah lumrah kehidupan bila kita dah senang kita lupa orang yang buat kita senang pernah merasa hidup susah. Tapi kita tak bersyukur sebab bukan kita yang lalui kesusahan tu. DitakdirkanNya kita plak yang merasai kesusahan tu baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah. Minta2 dijauhkan~

Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada aku selama hari ini. Kadang2 kita takkan dapat apa yang kita inginkan tapi dengan berusaha insyaAllah moga2 dipermudahkan. Mak'Abah juga pernah cakap jangan jadi terlalu senang kalau taknak susah di kemudian hari. Bersederhanalah dalam semua perkara. Ikut kemampuan kita. Jangan jadi terlalu sombong dengan apa yang kita ada. Benda tu semua tak menjamin kita ke mana2. Apa yang aku share ni untuk mengingatkan diri aku jugak. Yang kadang2 orang takkan faham sebab hanya kita yang rasa kita yang melaluinya kan ?? :)




Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita diatas, sekejap di bawah.
Jadi, eloklah beringat-ingat selalu. Walaupun bergaji besar, berwajah cantik,
berkedudukan tinggi dan sebagainya ada masanya semua itu akan hilang
daripada kita.
 Sebab, semua itu adalah nikmat pinjaman dari ALLAH. Ini yang
mesti kita ingat-ingatkan selalu. Semuanya itu dipinjamkan sementara
sahaja kepada kita.