Pages

Monday 26 September 2011

Genaplah Usia AKU 2O Tahun

Alhamdulillah, syukur kepada yang Esa kerana masih memanjangkan nyawa dan membenarkan aku bernafas di bumiNya ini. Pada 24 September 2011 (Sabtu) bersamaan 26 Syawal 1432H, genaplah usia aku 2O tahun. Muda lagi kan ? Masih remaja! aha

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan berbanyak-banyak terima kasih kepada Anis Farhan, Saheenah Bee, Dye Nurul & Abdussomad Ruddin kerana meng'create "Surprise Birthday Party" dan Hadiah yang diberi. tidak lupa juga kepada rakan2 facebook yang mendoakan kebahagiaan aku. Semoga ulangtahun kelahiran pada syawal kali nie menambah keberkatan melimpah ruah rahmatnya...InsyaALLAH :D ..aku appreciate sangat2..btw, THANK YOU SOOOO MUCH MUCH MUCH FOR ALL THE SWEET WISHES !!! Love u all. Hehe

Kini dah 20 tahun. Aku perlu segera mengejar apa yang termampu dan menanam azam baru. Moga apa yang aku impikan akan tercapai. Moga apa yang aku usahakan akan berhasil. Moga Allah memberikan aku ‘nur’ keredhaanNya dan semoga aku dapat berubah kepada seorang yang lebih baik. Amin~

"Surprise Birthday Party"






Terima kasih kawan-kawan yang celebrate birthday aku! Thanks you all! 

Tuesday 20 September 2011

Jadilah seperti SKRU !!!



Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti rivet
Bila terpasang di suatu tempat
Ia kekal disitu seumur hidupnya
Bila ia dicabut
Ia sudah tidak berfungsi lagi
Ibarat mati


Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti paku
Bila ditukul terus melekat
Bila dicabut mungkin rosak
Jadi bengkok dan cacat selamanya
Tidak lagi boleh berbakti


Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti nat
Memerlukan bolt untuk berfungsi
Bergantung pada bolt setiap masa
Walaupun boleh dipasang di buka
Tanpa bolt, nat langsung tidak berguna


Jadilah seperti skru
Tidak rosak bila dikeluarkan
Mampu berdiri di atas kaki sendiri
Punya ulir untuk terus berdiri
Walau beban tersangkut padanya
Lagi banyak ulirnya
Lagi utuh dia berdiri
Untuk menghadapi segala bebanan
Skru hanya memerlukan skru driver
Untuk ia mula bertapak
Untuk ia merubah haluan hidupnya
Petunjuk arah hala tuju hidupnya


Sinonimnya
Kalau kita jadi skru
Kita mampu menukar haluan hidup
Bila kita sedar jalan hidup itu salah
Tanpa meninggalkan kesan terhadap diri kita
Beban ibarat dugaan hidup kita
Yang mencabar kekuatan diri kita
Ulir umpama pegangan hidup kita
Dengan pegangan yang kuat
Kita mengharungi pelbagai dugaan
skru driver seperti pendorong kita
Memberi dorongan untuk kita berjaya
Mungkin orang disebalik kejayaan kita
Mungkin juga lingkungan hidup kita


Yang pasti untuk berjaya
Dunia dan akhirat
Al-Quran lah petunjuk terbaik
Menjadi skru driver terulung
Moga kita menjadi skru cemerlang
Mampu bertahan walau apapun bebannya
Berada di tempat yang sesuai
Pada kedalaman yang sesuai
Kerana keserdahanaan penting dalam hidup ini.



Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini .
 
◕‿,◕◕‿,◕◕‿,◕

Saturday 17 September 2011

Berangan Nak Jadi Jutawan !!!

Berangan sebanarny mmg indah tp jgn melalaikan sudaa.. tipu laa siapa y dlm hidupny xpernah berangan kn..
Mari kita berangan jadi jutawan. Bestnya kalau dapat jadi jutawan. Rasanya macam dah tak payah fikir
pasal nak cari duit lagi. Kalau dah ada satu juta dah ada jaminan untuk seumur hidup. Itupun kalau orang
yang jenis beringat dan jimat cermatlah. Kalau yang jenis boros sekelip mata je sejuta boleh habis. haha
Agaknyalah kan sejuta tu kalau semuanya ada depan mata kita, banyak mana agaknya duit tu kan. Berapa beg agaknya baru muat semua duit tu. Aswad kalau ada sejuta la, nak beli rumah, nak beli kereta, nak melabur, nak bawa parents pergi haji, nak melancong seluruh dunia, macam-macam lagilah. Emmm...
bestnya berangan jadi jutawan. Baru berangan dah rasa best. Kalau real jadi jutawan macam mana agknya.
Tidur pun boleh senyum. .hahaha

can dreaming become perfect ..lolz

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.