Pages

Tuesday 30 August 2011

Bermaaf Maafan di Pagi Syawal ❤••❤



Salam 1 syawal 1432H . .
Kemeriahan suasana 1 Syawal begitu dirasai apabila dapat berkumpul bersama keluarga tercinta selepas sekian lama terpisah/berjauhan .Keindahan sebenar dalam kita menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri adalah kerana adanya adat dan budaya bermaaf-maafan setiap kali hari mulia ini menjelma. Benarlah, seperti mana yang dikatakan dengan Aidilfitri itu sendiri yang bermaksud perayaan kita kembali kepada fitrah. Kita kembali kepada fitrah, setelah menyucikan diri selama sebulan dengan berpuasa sepanjang Ramadan, yang menjadi platform terbaik untuk melatih diri menghadapi cabaran dan dugaan duniawi. Memang, kita diajar untuk bermaafan pada setiap masa, bukan sahaja pada Hari Raya sahaja. Namun, kehadiran syawal setiap tahun, umpama sebuah peringatan untuk menjernihkan hati nurani kita, sebagai lambang kemenangan menempuh Ramadan dengan kesabaran.

















‎"Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua umat Islam di Malaysia dan Seluruh dunia serta tidak lupa juga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54" buat negara kita yang tercinta, Malaysia !!! 
   
Tahun ni bestkan, kita raikan 2 in 1.. MerdekaRAYA !!!
Sama-samalah kita merayakannya :)) 
••

Saturday 27 August 2011

SALAM AIDILFITRI SEMUA !!!




Salam Aidilfitri . .

Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Tidak lama lagi Syawal menjelma menandakan tibanya sambutan Aidilfitri. Bermulalah umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa dan menunaikan ibadat-inadat lain tibalah masanya untuk kita semua, muslimin dan muslimat meraikan hari yang bahagia bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan teman-teman. Semoga bulan mulia ini diberkati dengan keimanan yang tinggi, dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh-Nya 
Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah berlaku khususnya kepada keluarga yang tersayang, guru-guru yang pernah mengajarku, teman-teman seperjuanganku dan kepada semua yang mengenali diri ini. Dalam kita bergurau senda kadang-kadang tak perasan ada yang terasa dan terkasar bahasa. 

Beraya di Penang tahun ini, saya harap kepada semua yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, Berhati2 apabila memandu, sayangkan nyawa dan keluarga anda.
Moga selamat sampai ke destinasi yang hendak di tuju.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.
sekian . .

p/s - Ketibaan Syawal dirai, pemergian Ramadhan ditangisi . .

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa..
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata..
Dalam kerendahan hati ada ketingian budi..
Harap dimaafi segala-segalanya..


" Selamat Hari Raya " Maaf Zahir Batin .. 
Semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T
sepanjang masa ..


Ikhlas --> Putera Ask'What

Thursday 25 August 2011

Selamat Menyambut Ketibaan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi !!!



Salam Aidilfitri,
Bercerita berkenaan kemeriahan Aidilfitri, saya amat merindui sambutan bulan Syawal ketika di zaman kanak-kanak. Masih segar dalam ingatan bagaimana pada zaman itu saya bersama rakan-rakan berkunjung ke semua rumah orang kampung sama ada dikenali ataupun tidak sehingga perut meragam kerana makan pelbagai makanan yang dihidangkan. Paling diingati adalah apabila balik sahaja daripada solat sunat Aidilfitri saya dan rakan terus ingin berkunjung ke rumah orang kampung untuk beraya dan malangnya dihalau oleh tuan rumah kerana masih belum bersedia untuk menghidangkan apa-apa. :) Keseronokan yang lain sudah semestinya apabila mendapat wang raya daripada tuan rumah. Di samping itu, keterujaan bermain mercun sudah pasti tidak dilupakan. Kemeriahannya cukup terasa. Masa itu, para anak-anak tidak disogokkan dengan siaran televisyen kerana kehangatan raya lebih bermakna disambut bersama rakan-rakan yang sentiasa melakukan kunjungan ke rumah-rumah untuk beraya.
Apabila menginjak kaki ke alam persekolahan, saya amat menyukai mengirim kad-kad raya kepada para guru dan rakan-rakan. Pada masa tersebut, setiap kad yang diberi akan dibalas oleh rakan-rakan dengan ucapan yang jika dibaca pada umur sekarang, mungkin ia satu perkara yang melucukan. Kad-kad yang dibalas akan dikumpul bersama kad-kad yang diterima daripada ibu dan ayah, kakak dan abang. Pada malam raya, kami beradik akan menggunakan kreativiti yang ada untuk mengubah dan menampal kad-kad raya tersebut di dinding rumah sebagai menambahkan seri dan suasana raya.
Kini, ketika umur sudahpun menginjak dewasa, saya tidak pasti adakah kanak-kanak sekarang masih berpeluang menyambut Aidilfitri sebagaimana masa yang lalu. Jika tidak, ini satu situasi yang merugikan. Semuanya mungkin disebabkan oleh perubahan zaman yang kini lebih banyak kepada kemajuan teknologi sehingga mencetuskan satu revolusi perubahan dalam gaya hidup masyarakat kini. Apa yang dapat diperhatikan, kini masyarakat lebih gemar beraya di rumah dengan berhibur menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen. Tidak ketinggalan, masyarakat kini juga lebih suka mengucapkan salam aidilfitri kepada rakan-rakan dan sanak saudara hanya melalui kiriman SMS dan email sahaja. Lebih-lebih lagi kini masyarakat kita yang terpengaruh dengan kelazatan ber’facebook’ yang segalanya mudah, ringkas dan cepat.
Semoga kemeriahan Aidilfitri kembali seperti dahulu pada masa akan datang.
Akhir kata, semoga ceria dan gembira ketika menyambut lebaran kali ini bersama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Lupakan segala sengketa dan bermaaf-maafan di bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
SALAM AIDILFITRI,  MAAF ZAHIR DAN BATIN .


Putera Ask'What Here :))