Pages

Tuesday 20 September 2011

Jadilah seperti SKRU !!!



Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti rivet
Bila terpasang di suatu tempat
Ia kekal disitu seumur hidupnya
Bila ia dicabut
Ia sudah tidak berfungsi lagi
Ibarat mati


Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti paku
Bila ditukul terus melekat
Bila dicabut mungkin rosak
Jadi bengkok dan cacat selamanya
Tidak lagi boleh berbakti


Jadilah seperti skru
Jangan jadi seperti nat
Memerlukan bolt untuk berfungsi
Bergantung pada bolt setiap masa
Walaupun boleh dipasang di buka
Tanpa bolt, nat langsung tidak berguna


Jadilah seperti skru
Tidak rosak bila dikeluarkan
Mampu berdiri di atas kaki sendiri
Punya ulir untuk terus berdiri
Walau beban tersangkut padanya
Lagi banyak ulirnya
Lagi utuh dia berdiri
Untuk menghadapi segala bebanan
Skru hanya memerlukan skru driver
Untuk ia mula bertapak
Untuk ia merubah haluan hidupnya
Petunjuk arah hala tuju hidupnya


Sinonimnya
Kalau kita jadi skru
Kita mampu menukar haluan hidup
Bila kita sedar jalan hidup itu salah
Tanpa meninggalkan kesan terhadap diri kita
Beban ibarat dugaan hidup kita
Yang mencabar kekuatan diri kita
Ulir umpama pegangan hidup kita
Dengan pegangan yang kuat
Kita mengharungi pelbagai dugaan
skru driver seperti pendorong kita
Memberi dorongan untuk kita berjaya
Mungkin orang disebalik kejayaan kita
Mungkin juga lingkungan hidup kita


Yang pasti untuk berjaya
Dunia dan akhirat
Al-Quran lah petunjuk terbaik
Menjadi skru driver terulung
Moga kita menjadi skru cemerlang
Mampu bertahan walau apapun bebannya
Berada di tempat yang sesuai
Pada kedalaman yang sesuai
Kerana keserdahanaan penting dalam hidup ini.



Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini .
 
◕‿,◕◕‿,◕◕‿,◕

2 comments:

  1. setiap benda ada fungsi dan kelebihannya... begitu juga manusia.

    ReplyDelete
  2. yurp2 .betul tuh
    Begitu juga dengan kejadian alam yang ada siang dan malamnya.

    ReplyDelete